Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

N.V Senembah Maatschappij

Si Mbelang Cuping dan Si Mbelang Pinggol

Di separuh utara Pulau Sumatera, Pasai nampaknya adalah tempat pertama yang menghasilkan lada (pada awal abad ke-15) ( 24 ). Belum ditemui maklumat untuk memperkirakan dengan tepat waktu munculnya ladang lada di pesisir timur laut Sumatera ( 25 ). Baik Pires mahupun Mendes Pinto tidak mencatatkan lada sebagai bahan yang dihasilkan di daerah ini pada separuh pertama abad ke-16. Namun, sebuah sumber Portugis dari akhir abad ke-16 mengatakan bahawa lada yang dijual di Aceh itu sebahagiannya berasal dari pergunungan Aru ( 26 ). Sampai tahun 1682, tidak ada daghregister yang mencatat bahawa lada ditanam di pesisir timur laut Sumatera. Walaupun sudah terbukti bahawa penuaian lada sama sekali tidak merata dari semasa ke semasa, jika lada memang sudah ditanam pada masa itu, susah menjelaskan kenapa hal ini tidak dicatat oleh orang Belanda sepanjang empat puluh tahun pertama mereka memerintah di Melaka. Ketika tiba pada tahun 1860-an, pegawai-pegawai Belanda hanya mencatat bahawa suku-suku...

Istilah Berkaitan dengan Barang Buatan Aceh

Ekspedisi-ekspedisi awal orang Barat ke pedalaman juga menunjukkan bahawa pasaran yang menerima barang yang berasal dari Aceh, bukanlah daerah pinggiran pantai sahaja. Pada tahun 1852-1853, van der Tuuk melawat daerah sebelah barat daya Danau Toba, beliau mengumpulkan sejumlah istilah atau ungkapan yang berkaitan dengan barang buatan Aceh. Pada separuh pertama abad ke-20, bahasa lisan di utara Danau Toba juga masih mengandungi istilah-istilah yang berkaitan dengan jenis pakaian atau senjata tajam buatan Aceh.  Untuk kelompok pertama, contohnya ialah padang rusak , seluwar, nipes, dan uis beka buluh (dua jenis hiasan kepala daripada sutera yang sangat mahal dan dikenakan oleh para pembesar), serta tujuh lompat; kelompok kedua, contohnya ialah alamang, kelewang atau galewang, bawar, gadebang, dan rodos . dikutip dari : Sumatera Timur Laut dalam Ruang Aceh hingga Akhir Perang Aceh DANIEL PERRET sumber : jurnalarticle.ukm.my

Mein Sumatrabuch‎

KAARSBERG, HELGE ‎ ‎ Mein Sumatrabuch ‎ ‎ 1923 Kaarsberg, Helge ‎ ‎ Mein Sumatrabuch ‎   Berlin: August Scherl GmbH, 1925.

Sukanalu dalam Catatan 5 November 1920

Verslagen der vergaderingen / Indisch genootschap, Number 5, 5 November 1920 — De oorzaken.     Sumber : RoyalTropical Institute

Sensus 1930

Sensus 1930 di India Belanda. Sumber : Royal Tropical Institute